Iklan

Friday 17 February 2012

[Perlawanan] UEFA Europa League : AFC Ajax 0 Man United 2, Valencia cedera


Perlawanan bermula pada GMT 1800 atau pukul 2 pagi waktu Malaysia itu berlangsung di Amsterdam Arena, Amsterdam, Belanda. Separuh masa pertama menyaksikan MU menguasai bola sebanyak 60% tetapi kurang mengancam. Siem De Jong hampir meletakkan Ajax mendahului apabila merembat dari luar kotak penalti tetapi diselamatkan dengan akrobatik oleh David De Gea. Ajax banyak melakukan percubaan ke arah gol tetapi semuanya berakhir di tangan De Gea. Pada separuh masa kedua, MU mula melancarkan serangan demi serangan. Usaha itu berbaloi apabila Ashley Young berjaya menjaringkan gol hasil kelam-kabut di depan pintu  gol Ajax pada minit 59. Ajax banyak melakukan percubaan daripada hantaran lintang ke kotak penalti MU tetapi berjaya dikawal oleh pertahanan Jonny Evans dan Rio Ferdinand. Fabio hampir memberikan gol penyamaan apabila kesilapannya menyebabkan Miralem Sulejmani hampir menjaringkan gol namun tinggi melepasi palang.Christian Eriksen juga melakukan percubaan namun dihalang dengan baik oleh De Gea. Pada minit ke 85, Javier Hernandez berjaya menjaringkan gol hasil counter-attack yang dimulakan Antonio Valencia di tengah padang hasil kesilapan pemain Ajax yang memberikan bola kepada Wayne Rooney sebelum Hernandez menyudahkannya. Tom Cleverley, Nani, Phil Jones dan Ashley Young kembali bermain setelah mengalami tempoh rehat yang panjang. Chris Smalling pula hanya memanaskan bangku simpanan setelah rehat yang panjang. Antonio Valencia mengalami kecederaan hamstring memaksa dia untuk berehat 2 bulan, menyertai Patrice Evra, Berbatov dan Giggs dalam senarai kecederaan. Fabio dilayangkan kad kuning hasil terjahan melulu kepada Siem De Jong. Ajax mengalami situasi sukar kerana MU mempunyai kelebihan gol tempat lawan yang sangat berguna untuk perlawanan di Old Trafford minggu depan. Video dibawah menunjukkan gol-gol yang telah dijaringkan..


Ajax Amsterdam 0-2 Manchester United 16-02-12... by sagolerbaccha

No comments:

Post a Comment