Iklan

Wednesday 29 December 2010

MU ingin Akinfeev


MU ingin mendapatkan Igor Akinfeev dengan harga 15 juta euro.Sumber dari caughtoffside.com menyatakan bahawa penjaga gol berusia 24 tahun ini berpotensi untuk menjadi pengganti Van Der Sar yang bakal bersara hujung musim ini.Nilai yang dianggarkan antara 10-15 juta euro berdasarkan umur dan sumbangannya kepada CSKA Moscow yang berjaya memenangi 3 kali Liga Perdana Rusia.Akinfeev juga merupakan anggota skuad kebangsaan Russia yang berjaya layak ke perlawanan akhir Euro 2008.

Manchester United 1 Birmingham 1


MU seri dengan Birmingham di St. Andrews selepas jaringan Lee Bowyer yang kontroversi pada minit ke-89.MU membuka jaringan sekali lagi oleh penyudah tajam Berbatov pada minit ke-57.Kontroversi itu terjadi selepas Nikola Zigic memegang bola yang memberi gol kepada Bowyer.MU sekarang ini menduduki tangga pertama berkongsi dengan MC tetapi mendahului dengan perbezaan gol.

Macheda boleh dipinjam


Federico Macheda diberi pelepasan oleh Ferguson untuk berpindah dengan pinjaman.Dengan peningkatan prestasi Chicharito,Berbatov dan Rooney menyebabkan dirinya jarang diturunkan.Dengan perpindahan tersebut, Macheda boleh mendapat pengalaman seperti yang dialami sekarang oleh Mame Diouf di Blackburn dan Danny Welbeck di Sunderland.Namun,MU tidak berminat untuk menjual pemain-pemain mereka dalam musim perpindahan yang berlangsung sekarang ini.Setakat ini, Lazio menunjukkan minat untuk meminjam pemain tersebut selepas Roque Santa Cruz tidak mahu pergi ke kelab Rom tersebut.

Monday 27 December 2010

Man United 2 Sunderland 0


MU terus mendahului dengan kemenangan 2-0 hasil dua jaringan Dimitar Berbatov.Gol pertama terhasil melalui hantaran lintang Rooney dengan disudahi oleh Berba.Jaringan kedua dihasilkan hasil ketajaman Berba di depan pintu gol.Kemenangan ini menjadikan MU di depan dengan 2 mata di depan musuh setempat Man City dengan kelebihan 2 perlawanan.Perlawanan seterusnya pada Selasa,8 malam waktu Britain(4 pagi waktu Malaysia) di St. Andrews.

Sunday 19 December 2010

Perlawanan ditangguhkan


Perlawanan yang paling ditunggu-tunggu, Chelsea dan MU terpaksa ditangguhkan kerana cuaca sejuk melampau yang melanda UK.4 perlawanan lain juga terpaksa ditangguhkan walaupun setiap stadium kelab yang beraksi di EPL mempunyai pemanas di bawah padang.Namun atas sebab keselamatan penonton, pihak berkuasa tempatan menasihatkan pengurusan stadium supaya menangguhkan perlawanan sehingga satu masa ditetapkan.

Saturday 18 December 2010

Ramalan Kesebelasan Utama Chelsea vs Manchester United

Chelsea

Penjaga Gol : Petr Cech
Pertahanan : Paulo Ferreira, John Terry, Ashley Cole, Branislav Ivanovic
Midfield : Micheal Essien, Frank Lampard, John Obi Mikel
Serangan : Didier Drogba, Nicolas Anelka, Florent Malouda

Manchester United

Penjaga Gol : Edwin Van Der Sar
Pertahanan : Patrice Evra, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Rafael
Midfield : Park Ji-Sung, Darren Fletcher, Nani, Anderson, Micheal Carrick
Serangan : Wayne Rooney

Paul Scholes tidak beraksi sehingga Tahun Baru



Paul Scholes dijangka tidak beraksi sehingga tahun hadapan sekaligus tidak diturunkan menentang Chelsea kerana kecederaan di bahagian pangkal paha.John O'Shea juga mengalami kecederaan betis dan tidak pasti untuk diturunkan dalam perlawanan esok.Namun Ferguson masih yakin MU mampu memberikan aksi terbaik di Stamford Bridge."Mereka juga memang hebat di tempat sendiri,lihat sahaja rekod kemenangan mereka di tempat sendiri",jelas Ferguson yang dipetik dari laman web www.manutd.com."Rekod 8 tahun di Stamford Bridge amat fantastik.Stamford Bridgelah tempat kami mencapai tahap terbaik bermain di tempat lawan".Beliau juga menjelaskan MU akan pergi dengan skuad yang bagus."Semua orang inginkan kami pasukan yang bagus dan kami merupakan pasukan yang bagus sekarang ini".

Wednesday 8 December 2010

Pelancaran Blog

Assalamualaikum

Hari ini, 8 Disember 2008...saya telah membuka blog bertajuk Manchester United Malaysia.Buat masa ini,hanya saya seorang sahaja akan menjadi 'admin' blog ini.Insya-ALLAH saya akan mencari seorang lagi admin untuk membantu kami dalam blog ini.Harap dapat menyokong saya dalam membuat blog ini.