Iklan

Saturday 1 March 2014

[Analisis] : Adakah Moyes perlu dipecat?



Untuk ulasan setelah lebih daripada separuh musim, memang diakui merupakan satu musim yang penuh dengan kecewa. David Moyes yang dipilih oleh Sir Alex Ferguson untuk meneruskan legasinya dilihat sebahagian penyokong tidak berkemampuan untuk membawa United. Kerap kali dilihat pada laman fanpage peminat bola sepak, pengurus di 'troll' akibat mudah mencicirkan mata menentang lawan yang boleh dianggap menang. Untuk aspek ini, marilah sama-sama membuat penilaian tentang beliau.


  • Pasukan yang diwarisi
Beberapa ahli pasukan dilihat sudah melepasi tempoh terbaik dalam karier mereka. Rio Ferdinand yang kini sudah berusia 35 tahun, Nemanja Vidic dan Patrice Evra, 32 tahun, barisan pertahanan dilihat perlu diperkuat semula dengan pemain muda yang mampu memberi khidmat kepada United. Kerapkali United dikaitkan dengan pemain seperti Ezequiel Garay, Luke Shaw, Mats Hummels dan sebagainya namun tidak menampakkan hasilnya. Di bahagian tengah, Tom Cleverley dilihat kurang menyerlah dan sering dipersalahkan peminat. Sumbangan Ashley Young dilihat sungguh terhad akibat cara permainannya sudah boleh diramal pertahanan lawan manakala nama Nani hampir tenggelam. Hanya Adnan Januzaj dan Micheal Carrick dilihat menyerlah serta banyak terlibat dalam menyelamatkan situasi sukar United. Kebanyakan peminat melihat Shinji Kagawa tidak digunakan sepenuhnya David Moyes dan kariernya terumbang-ambing. Di bahagian serangan, hanya Wayne Rooney dan Robin Van Persie yang menyerlah. Danny Welbeck dilihat tidak menunjukkan potensi beliau yang sebenar. Javier Hernandez pula jarang diturunkan dan dalam banyak masa hanya menjadi pemain yang keluar dari bangku simpanan.

  • Kegagalan musim perpindahan
Dalam 2 musim perpindahan, pengurus hanya mampu membawa Juan Mata dari Chelsea dengan harga 37.1 juta pound dan Guillermo Varela serta kegagalan membawa Ander Herrera, Thiago Alcantara, Cesc Fabregas dan Ezequiel Garay ke Theatre of Dreams. Tindakan David Moyes mengambil cuti ketika perpindahan musim panas membawa kesan yang sangat besar kerana tempoh tersebut amat penting untuk membina pasukan mengharungi musim bersama pengurus baru. Kini, banyak peminat merasakan faktor itulah membawa kepada prestasi buruk United sepanjang musim ini dan dapat dillihat berdasarkan siri keputusan buruk di EPL dan Liga Juara-Juara, paling jelas ketika kekalahan 2-0 kepada Olympiakos, kekalahan pertama United kepada lawan dari kelab Greek. 



  • Gaya pengurusan
David Moyes dilihat tidak seperti Sir Alex Ferguson yang memberi layanan "hairdryer" kepada pemainnya yang memberi prestasi buruk di atas padang dan kegagalan pemain menjaga disiplin mereka. Sebahagian peminat melihat Marouane Fellaini menggunakan telefon bimbit di bangku simpanan, menandakan beliau tidak menunjukkan ketegasan menyeluruh kerana jika Ferguson masih mengurus United, pemain tersebut akan dihukum seperti tidak diturunkan untuk perlawanan seterusnya. 

 Bored Marouane Fellaini caught texting from the stands during Manchester United   Newcastle [Pics & Tweets]
Fellaini dilihat menggunakan telefon bimbit di bangku simpanan
Kredit : www.101greatgoals.com


Langkah David Moyes membawa staf kejurulatihan sendiri menggantikan Mike Phelan (penolong pengurus), Eric Steele (jurulatih penjaga gol) dan Rene Meulensteen (jurulatih pasukan utama) menyebabkan beliau tidak diberi informasi yang mendalam terhadap pasukan yang diwarisi dari Sir Alex Ferguson. Informasi tersebut amat penting untuk membina semula pasukan yang diuruskan oleh pengurus legenda selama 27 tahun.


David Moyes sebenarnya boleh melakukan sesuatu untuk mengubah pasukannya seperti menjual pemain yang sudah tidak boleh menyumbang mengikut taktiknya seperti Ashley Young dan Nani dan pemain yang beliau rasakan patut dijual. Beliau mendapat kepercayaan penuh pihak pengurusan untuk terus mengurus United dan seharusnya pemilik, keluarga Glazer seharusnya menyediakan dana yang banyak untuk membina semula pasukan mengikut rancangan taktikal David Moyes. Musim ini dilihat sebagai tempoh tersangat penting untuk David Moyes melihat pasukannya dan perlu melakukan perkara-perkara yang sepatutnya dalam perpindahan musim panas nanti, itupun jika tempoh beliau masih panjang.

Tuesday 25 June 2013

[OFFER] : Ingin memiliki baju khas Sir Alex Ferguson?

Baju khas Sir Alex Ferguson

Ingin memiliki baju khas untuk mengenang jasa SAF? Anda kini berpeluang memilikinya. Berikut merupakan spec baju ini :

Saiz yang ditawarkan : S - M - L - XL - XXL

Jenis kain : 100% Kain cotton kualiti

Harga : RM 40

Jika anda berminat sms cepat-cepat dengan menaip SMS SIR<>NAMA<>SAIZ<>MERAH/HITAM ke 012-9484309. Baju ini limited edition, jadi cepatlah order sebelum 30 Jun 2013


Saturday 8 June 2013

Spekulasi perpindahan

Spekulasi perpindahan ke Manchester United semakin hangat dengan beberapa pemain seperti Yohan Cabaye dan Cristiano Ronaldo.

Menurut Guardian UK, Yohan Cabaye sedang menimbangkan perpindahan ke Manchester United. "Biarkan ejen saya yang menguruskannya", ujar Cabaye. Pemain Perancis berusia 27 tahun mengakui mengagumi David Moyes serta memuji pencapaian beliau di Everton.

Cesc Fabregas menjadi sasaran utama David Moyes untuk memantapkan barisan tengah selepas persaraan Paul Scholes. Fanatix menyatakan Moyes mungkin melancarkan bidaan £40 juta untuk pemain tengah Barcelona yang bimbang kehadiran Neymar mampu mengurangkan penampilan dalam pasukan utama. Arsenal juga menjadi saingan untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut dengan Arsenal mungkin mengaktifkan klausa pembelian balik.

Click Manchester menyatakan perjanjian melibatkan Kevin Strootman bernilai £17 juta boleh diselesaikan dalam beberapa hari akan datang. Sumber yang sama menyatakan pemilik Everton mengakui Maruoane Fellaini mungkin akan berpindah ke Old Trafford.

Harapan peminat untuk melihat Cristiano Ronaldo di Old Trafford mungkin punah. Mirror memetik Cristiano Ronaldo berkata, "Saya tidak risaukan apa-apa. Saya yakin akan menandatangani kontrak baru". Berita ini mungkin menafikan bidaan £60 juta untuk mendapatkan kembali beliau.


(TRANSFER) : Guillermo Varela SAH sertai Manchester United

Sumber : http://strettynews.com/wp-content/uploads/2013/06/Varela.jpg


Guillermo Varela, pemain berusia 20 tahun dari kelab Uruguay, Penarol menjadi pemain pertama di beli di bawah pengurusan David Moyes. Pemain yang beraksi di posisi bek kanan itu berharga £ 2.5 juta, menurut laman web surat khabar online UK, Mirror. Varela, pemain skuad bawah 20 tahun Uruguay ini baru beraksi 1 penampilan senior dan menjadi pemain penting dalam skuad bawah 20 Uruguay. Bakatnya ditemui ketika kejohanan Copa America Bawah 20 Tahun. Dilahirkan di Montevideo, dia merupakan produk pemain muda Penarol. Dia menjalani percubaan di Manchester United dan berjaya menarik perhatian David Moyes untuk membelinya. Bakal beraksi untuk Uruguay dalam Piala Dunia Bawah 20 Tahun di Turki bulan ini, bakat muda ini diharap mampu memberi saingan kepada Rafael, 22 tahun. Perpindahan ini selaras dengan polisi perpindahan David Moyes yang mengutamakan pemain muda dan selaras dengan polisi perpindahan Manchester United.

Thursday 16 August 2012

TERKINI : United setuju yuran sebanyak 24 juta pound. Apakah risikonya?

sumber : ugandapicks.com


Menurut dari pelbagai sumber seperti caughtoffside.com yang memetik sumber dari laman web rasmi arsenal.com, syarat-syarat perpindahan sudah dipersetujui dengan Robin Van Persie akan pergi ke Old Trafford untuk membincangkan syarat-syarat peribadi RVP serta menjalani ujian perubatan di Manchester. Pakej perpindahan tersebut sebanyak 41 juta pound yang merangkumi gaji sebanyak 200K pound seminggu. Namun spekulasi mengejutkan timbul, Javier Hernandez dikatakan ingin berpindah ke Arsenal menurut sumber caughtoffside.com. Sumber yang sama turut menyebut walaupun RVP kini merupakan penjaring terbanyak, para pengkritik mempersoalkan perpindahan tersebut atas sebab yang begitu kuat. Arsenal dikenali melepaskan pemain yang berada di puncak karier seperti Thierry Henry, Mathieu Flamini,dan Emmanuel Adebayor yang kemudiannya presatsi mereka agak menurun di kelab baru mereka masing-masing. Trend ini dijangka akan berlaku oleh para pengkritik berdasarkan barisan penyerang United sekarang seperti Danny Welbeck, Hernandez dan Dimitar Berbatov. 

Wednesday 15 August 2012

TERKINI : Angelo Henriquez menuju ke Old Trafford

Sumber : ibtimes.com



Pemain muda Chile, Angelo Henriquez menjadi pemain ketiga selepas Kagawa dan Nick Powell yang melengkapkan perpindahan ke Old Trafford. Menurut sumber caughtoffside.com, yuran perpindahan sebanyak 4 juta pound dibayar kepada kelab Universidad de Chile untuk menyelesaikan perpindahan selepas pemain berusia 18 tahun ini selesai menjalani ujian perubatan. Penyerang muda ini telah menjaringkan 11 gol dalam 18 penampilan skuad utama kelab asalnya dan menjadi prospek hangat dalam saingan bola sepak Amerika Selatan. Jiran bising, Manchester City turut bersaing merebut tandatangan pemain berbakat ini, namun United berjaya dalam perlumbaan mendapatkan Henriquez. Sir Alex menggunakan musim perpindahan musim panas ini untuk membina skuad muda sama seperti beliau lakukan dahulu dalam usaha mengulang kembali kejayaan treble pada tahun 1998. Kita berharap ramai lagi pemain muda berbakat berhijrah ke Old Trafford pada masa akan datang