Iklan

Monday 5 March 2012

Tottenham Hotspur 1 Man United 3



kredit : football.co.uk

Perlawanan yang menarik ini berlangsung pada 12.10 mlm (GMT +8) di White Hart Lane. Permulaan babak pertama melihatkan penguasaan Tottenham dan banyak percubaan yang berbahaya dilakukan oleh Emmanuel Adebayor dan Louis Saha. Usaha mereka membuahkan hasil apabila Adebayor berjaya menjaringkan gol dalam keadaan kelam-kabut di depan gol namun tidak dikira pengadil, Martin Atkinson kerana bola telah menyentuh tangan beliau dahuu. Asakan oleh Man United akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan penjuru Ashley Young ditanduk Wayne Rooney untuk gol pendahuluan pada minit 45. Separuh masa kedua menyaksikan Spurs mengasak pada 10 minit pertama. Sepakan percuma Benoit Assou-Ekotto hanya terkena palang. Satu gerakan bijak oleh Nani melepasi perangkap offside dan Nani cuba melorongkan bola kepada Rooney tetapi disambar oleh Young sebelum disudahkan untuk gol kedua. Gol ketiga dijaringkan Young hasil larian oleh Patrice Evra sebelum diberikan kepada Young. Young kemudian menyudahkannya dengan penyudah 'trademark'nya, sepakan lencong jarak jauh. Kesilapan Giggs di bahagian midfield membolehkan Jermain Defoe melakukan serangan dan melepaskan sepakan yang mengelirukan David De Gea untuk gol saguhati Spurs pada minit 69.

Man of The Match : Ashley Young (2 gol, 1 bantuan gol)

p/s : maaf kalo commentator arab ni semangat sgt..haha...
       maaf sbb lmbt update


t1-3m tvgoals.net by tvgoals1