Iklan

Friday 17 February 2012

[Perlawanan] UEFA Europa League : AFC Ajax 0 Man United 2, Valencia cedera


Perlawanan bermula pada GMT 1800 atau pukul 2 pagi waktu Malaysia itu berlangsung di Amsterdam Arena, Amsterdam, Belanda. Separuh masa pertama menyaksikan MU menguasai bola sebanyak 60% tetapi kurang mengancam. Siem De Jong hampir meletakkan Ajax mendahului apabila merembat dari luar kotak penalti tetapi diselamatkan dengan akrobatik oleh David De Gea. Ajax banyak melakukan percubaan ke arah gol tetapi semuanya berakhir di tangan De Gea. Pada separuh masa kedua, MU mula melancarkan serangan demi serangan. Usaha itu berbaloi apabila Ashley Young berjaya menjaringkan gol hasil kelam-kabut di depan pintu  gol Ajax pada minit 59. Ajax banyak melakukan percubaan daripada hantaran lintang ke kotak penalti MU tetapi berjaya dikawal oleh pertahanan Jonny Evans dan Rio Ferdinand. Fabio hampir memberikan gol penyamaan apabila kesilapannya menyebabkan Miralem Sulejmani hampir menjaringkan gol namun tinggi melepasi palang.Christian Eriksen juga melakukan percubaan namun dihalang dengan baik oleh De Gea. Pada minit ke 85, Javier Hernandez berjaya menjaringkan gol hasil counter-attack yang dimulakan Antonio Valencia di tengah padang hasil kesilapan pemain Ajax yang memberikan bola kepada Wayne Rooney sebelum Hernandez menyudahkannya. Tom Cleverley, Nani, Phil Jones dan Ashley Young kembali bermain setelah mengalami tempoh rehat yang panjang. Chris Smalling pula hanya memanaskan bangku simpanan setelah rehat yang panjang. Antonio Valencia mengalami kecederaan hamstring memaksa dia untuk berehat 2 bulan, menyertai Patrice Evra, Berbatov dan Giggs dalam senarai kecederaan. Fabio dilayangkan kad kuning hasil terjahan melulu kepada Siem De Jong. Ajax mengalami situasi sukar kerana MU mempunyai kelebihan gol tempat lawan yang sangat berguna untuk perlawanan di Old Trafford minggu depan. Video dibawah menunjukkan gol-gol yang telah dijaringkan..


Ajax Amsterdam 0-2 Manchester United 16-02-12... by sagolerbaccha

Wednesday 8 February 2012

(Perpindahan) Stevan Jovetic dikaitkan ke MU



Penyerang Fiorentina, Stevan Jovetic dilaporkan mempunyai kaitan ke Old Trafford dan 2 kelab EPL iaitu Man City dan Chelsea berebut mendapatkannya. Dipetik daripada http://www.givemefootball.com/premier-league/united-and-chelsea-eye-stefan-jovetic,

"Saya selesa di Itali tetapi ingin meningkatkan permainan saya. Peluang bermain di EPL amat saya nantikan dan saya juga bersedia untuk cabaran di sana".

Dalam kontrak beliau, klausa pembelian 40 juta pound boleh menjadi penghalang mendapatkan beliau tetapi harga 30 juta pound ialah harga yang sesuai untuk dijual. Penyerang kebangsaan Serbia ini mempunyai peluang menyinar kerana usianya yang masih muda iaitu 23 tahun. Berikut ialah biodata Stevan Jovetic :





Nama : Stevan Jovetic

Lahir : Titograd, SFR Yugoslavia

Kelab : FK Partizan Belgrade (2006-2008), (51 penampilan, 13 gol)
            ACF Fiorentina (2008-sekarang), (75 penampilan,25 gol)

Tarikh Lahir : 2 November 1989

No. Jersi : 8

Posisi : Penyerang

Negara : Montenegro

Monday 6 February 2012

Chelsea 3 Man United 3

 



Sekali lagi anak buah Sir Alex Ferguson membuat 'comeback' yang menakjubkan. Stamford Bridge yang sejuk akibat musim sejuk melanda London bertukar panas dengan Bermula dengan ketinggalan 3-0  hasil jaringan sendiri Jonny Evans, Juan Mata dan Daniel Sturridge, Red Devils bangkit semula dengan 2 jaringan penalti Rooney hasil kesilapan Daniel Sturridge dan Branislav Ivanovic di dalam kotak penalti. Ryan Giggs membantu Javier Hernandez untuk gol penyamaan menerusi satu cross yang cantik pada minit ke-84. Kebangkitan penuh dramatik ini menjadikan Man United ketinggalan 2 mata di belakang pendahulu Man City dalam pemburuan piala. Wayne Rooney menjelaskan dalam laman web http://www.goal.com/en/news/9/england/2012/02/05/2888450/this-point-could-win-us-the-league-wayne-rooney-hails-manchester- berkata 1 mata ini penting untuk motivasi memenangi kejuaraan. Rafael kembali dalam pasukan untuk pertama kalinya sejak kecederaan yang memakanya berehat separuh musim. Video di bawah ini untuk 'highlight' perlawanan ini.


CH3MU3_M by maidb7abc