Iklan

Saturday 18 December 2010

Paul Scholes tidak beraksi sehingga Tahun Baru



Paul Scholes dijangka tidak beraksi sehingga tahun hadapan sekaligus tidak diturunkan menentang Chelsea kerana kecederaan di bahagian pangkal paha.John O'Shea juga mengalami kecederaan betis dan tidak pasti untuk diturunkan dalam perlawanan esok.Namun Ferguson masih yakin MU mampu memberikan aksi terbaik di Stamford Bridge."Mereka juga memang hebat di tempat sendiri,lihat sahaja rekod kemenangan mereka di tempat sendiri",jelas Ferguson yang dipetik dari laman web www.manutd.com."Rekod 8 tahun di Stamford Bridge amat fantastik.Stamford Bridgelah tempat kami mencapai tahap terbaik bermain di tempat lawan".Beliau juga menjelaskan MU akan pergi dengan skuad yang bagus."Semua orang inginkan kami pasukan yang bagus dan kami merupakan pasukan yang bagus sekarang ini".

No comments:

Post a Comment